Friday 1 April 2011

Pulau Langkawi


Tugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah.
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.


Asal-usul nama
Templat:Unreferencedsection Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).


Peta Langkawi dan sekitarnya
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.[1]
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Sejarah
  • Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
  • Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
  • 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
  • Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain. Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi adalah seperti berikut:
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"

Mitos dan legenda

Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi ialah Mahsuri:

Mahsuri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

[sunting] Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.



Tempat-tempat Menarik di Pulau Langkawi

Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung
Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.


Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.


Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .


















Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

 

















Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

















Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .














Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini.














Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .




Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Pelayaran ke pulau pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .
Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.
                                                                                       

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.




Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu.
 














Taman Lagenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini.



  

















 
 
 
Komplek Budaya Kraf Langkawi
 
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus.


Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.





















Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
                                                                                        
 

















Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda.

                                                                                    
       



Melaka




Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri




Geografi
Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).


Sejarah

 

Kesultanan Melaka

    Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).


Pemerintahan penjajah

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.
Pada tahun
1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
Dari
1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun
1963.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada
15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Kebudayaan dan ekonomi

Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)
Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan
barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.
Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh
Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain.

Tempat Perlancongan 

Destinasi pelancongan terutama ialah:

Kota A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

Kota St. John

Kota St. John ini telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda semasa suku ketiga kurun ke-18.

Kubu ini pernah menjadi gereja khas Portugis yang sempena St. John.

Kubu ini mempunyai ciri menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari tanah besar berbanding dari arah laut di Selat Melaka.


 


 


 Gereja St. Francis Xavier

Gereja St. Francis Xavier yang terletak di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis. Menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (bahasa Inggeris: Apostle of the East). St. Francis Xavier dikenang dengan usaha-usaha dakwah yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada abad ke-16.

Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia.[perlu rujukan] Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di
Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di
Malaysia selepas Zoo Negara.[1] Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Muzium Orang Asli
Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februarl 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.
Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan,
upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.
Muzium
Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Galeri Layang-layang
Galeri Layang-layang merupakan sebuah muzium yang terletak di aras satu dalam bangunan yang dikenali sebagai Muzium Rakyat, Kecantikan dan Layang-layang di Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka. Muzium Layang-layang ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada bulan September 1995.
Muzium ini mempamerkan sejarah bermulanya permainan layang-layang di seluruh dunia baik sebagai alat
komunikasi atau digunakan dalam peperangan, sukan dan masa lapang. Memperkenalkan kita kepada tradisi pembuatan, permainan, dan fungsi layang-layang yang dikongsi bersama oleh banyak negara di dunia. Ia mempamerkan pelbagai bentuk layang-layang tradisi dan moden termasuk wau tradisional Nusantara. Terdapat pelbagai saiz layang-layang yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan moden. la pasti akan mendorong kita untuk mengenali layang-layang, mengkagumi, menghargai seni pembuatan,dan keindahan layang-layang.